Terdapat 90 berita berdasarkan kata kunci carian "china "

Pusat Perdagangan Antarabangsa Linyi Sasar Lebih Banyak Penyertaan Syarikat Malaysia

Daripada Norhayati Mohd Akhir

LINYI (Shandong), 25 Okt (Bernama) -- Pusat Perdagangan Antarabangsa Linyi menyasarkan lebih banyak penyertaan syarikat dari Malaysia bagi memperluas hubungan perdagangan dua hala menerusi penyediaan ekosistem perkhidmatan pusat sehenti, kata Pengurus Operasinya Wang Jisheng.

Niaga Hadapan MSM Dijangka Diniagakan Berhati-hati Minggu Depan Susulan Aktiviti Pengambilan Untung

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan berikutan kemungkinan aktiviti pengambilan untung, meskipun harga tenaga meningkat susulan ketegangan yang berterusan di Asia Barat.

MAG, CITI Umum Kemudahan Pembiayaan Perdagangan US$75 Juta Bagi Perkukuh Rantaian Bekalan

KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) dan Citibank Bhd (Citi) mengumumkan kemudahan pembiayaan perdagangan berstruktur bernilai US$75 juta (US$1=RM4.07) untuk menambah baik pengurusan modal kerja, meningkatkan mudah tunai dan memperkukuh daya tahan rantaian bekalan bagi menyokong keperluan operasi MAG di seluruh Asia.

Penangguhan Pembayaran Balik Dilanjutkan Kepada Mangsa Banjir Nepal-China -- BNM

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Penangguhan pembayaran balik kini diperluaskan kepada mangsa yang terjejas akibat banjir di sepanjang sempadan Nepal-China, baru-baru ini, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Pasaran Getah KL Ditutup Bercampur-campur

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini selepas niaga hadapan getah serantau menunjukkan pengukuhan yang menyokong sentimen tetapi telah diimbangi oleh permintaan yang lemah daripada sektor pembuatan tayar China, menurut seorang peniaga.

KUSKOP Perkukuh Kawal Selia e-Dagang Asing, Lindungi Kepentingan PMKS Tempatan

KUALA LUMPUR, 21 Okt (Bernama) -- Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) sedang menyelaraskan usaha bagi memastikan persaingan yang adil melalui pengukuhan kawal selia platform e-dagang asing serta memperkukuh daya saing perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS).