BERITA TERKINI   Peguam Negara mohon menghadap Agong bagi memohon maaf dan zahir pendirian patuhi Perintah Pengampunan Bersyarat Najib - PMO | PM Anwar arah Peguam Negara menghadap Agong secepat mungkin, perjelas isu pelaksanaan Perintah Pengampunan Bersyarat | 

Terdapat 393 berita berdasarkan kata kunci carian "as "

Skyro Lancar Produk Kredit Pertama Di Malaysia, Tawar Pinjaman Tunai

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Skyro melancarkan produk kredit pertamanya di Malaysia, menawarkan kemudahan kepada pengguna yang layak untuk mendapatkan pembiayaan jangka pendek secara digital bagi memenuhi keperluan kewangan harian.

Pulau Pinang Catat Pelaburan RM20.2 Bilion Setakat Jun 2026 - MITI

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Pulau Pinang merekodkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM20.2 bilion bagi tempoh Januari hingga Jun 2026, merangkumi sektor utama, sektor perkilangan dan sektor perkhidmatan. 

Kerajaan Sambut Baik Sokongan Lebih Berstruktur Bagi PKS Peringkat Pertumbuhan - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kerajaan menyambut baik cadangan komuniti perniagaan supaya sokongan yang lebih berstruktur diberikan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berada pada peringkat pertumbuhan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.

Niaga Hadapan KLCI Tinggi Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan lebih tinggi pada awal dagangan hari ini.

Gaji Minimum, Bantuan Bersasar Sebahagian Usaha Tangani Kos Sara Hidup – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Dasar gaji minimum Malaysia tidak boleh dilihat secara berasingan sebaliknya perlu dilihat sebagai pelengkap kepada bantuan bersasar, rasionalisasi subsidi dan langkah penjagaan kesihatan mampu milik, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Susulan Sentimen Global Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis, menjejaki prestasi positif Wall Street dalam tempoh semalaman berikutan sentimen global yang bertambah baik dan kebimbangan geopolitik yang semakin reda telah meningkatkan keyakinan pelabur.

Ringgit Dibuka Tinggi Ketika OPR Dijangka Meningkat

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan mata wang utama lain pada Khamis menjelang pengumuman keputusan Kadar Dasar Semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM), dengan jangkaan kenaikan kadar faedah memberikan sokongan kepada mata wang tempatan.

TNB Diiktiraf Jenama Terbaik Tahun Ini Di World Branding Awards 2026–2027

KUALA LUMPUR, 4 Nov  (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Tenaga Nasional Bhd (TNB) atas kejayaan meraih pengiktirafan Jenama Terbaik 2026–2027 bagi kategori Tenaga-Kuasa (Peringkat Nasional) pada World Branding Awards.

Niaga Hadapan MSM Terus Merosot Dipengaruhi Kebimbangan Paras Inventori

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini berikutan kebimbangan terhadap paras inventori Malaysia yang mencecah paras tertinggi dalam rekod, sekali gus menjejaskan sentimen pasaran.

Pelaburan US$15 Bilion Google Bakal Sumbang US$1.1 Bilion Setiap Tahun Kepada KDNK

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Pelaburan Google sebanyak US$15 bilion (US$1 = RM4.07) di Malaysia dalam tempoh dua tahun akan datang dijangka menyumbang purata US$1.1 bilion setiap tahun kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara sepanjang fasa pembinaan selain menyokong lebih 37,000 peluang pekerjaan tempatan setiap tahun.

Public Bank Rangka Program Sukuk Murabahah RM20 Bilion

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Public Bank Bhd merangka Program Sukuk Murabahah bernilai RM20 bilion yang memberikannya fleksibiliti untuk menerbitkan sukuk senior dan/atau sukuk subordinat dari semasa ke semasa.

Niaga Hadapan Emas Teruskan Kenaikan Sejajar Dengan Prestasi Kukuh COMEX

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives meneruskan kenaikan untuk ditutup tinggi pada Rabu, menjejaki prestasi lebih kukuh di Bursa Komoditi (COMEX) Amerika Syarikat (AS).