Terdapat 171 berita berdasarkan kata kunci carian "keb"

AirAsia Jangka Barisan Menunggu Lebih Panjang Sempena Deepavali, Nasihat Penumpang Tiba Awal

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd memberi amaran bahawa barisan menunggu di kaunter daftar masuk lapangan terbang, pemeriksaan keselamatan dan imigresen mungkin lebih panjang daripada biasa sepanjang tempoh cuti Deepavali yang akan datang.

Matlamat Projek Jelas, Kesediaan Pelaburan Pemangkin Hubungan Tenaga Serantau - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.

Niaga Hadapan MSM Ditutup Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini selepas terjejas oleh inventori minyak sawit Malaysia yang telah mencatat rekod tertinggi pada Oktober, meningkatkan kebimbangan terhadap lambakan bekalan yang berterusan walaupun permintaan eksport lebih kukuh.

NCER Rekod Realisasi Pelaburan RM116.4 Juta Setakat 30 Sept

KANGAR, 3 Nov (Bernama) -- Wilayah Ekonomi Koridor Utara (NCER) merekodkan realisasi pelaburan berjumlah RM116.4 juta setakat 30 Sept lepas sekali gus mencerminkan keyakinan pelabur terhadap potensi pembangunan ekonomi negeri Perlis. 

Niaga Hadapan Emas Ditutup Tinggi

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup tinggi pada Selasa, mengatasi prestasi lemah di  Bursa Komoditi Amerika Syarikat (COMEX) meskipun logam berharga itu masih berdepan tekanan jualan teknikal.

Pasaran Getah Kuala Lumpur Ditutup Rendah Seiring Dengan Pasaran Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah hari ini, seiring dengan penurunan dalam pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.

Ringgit Ditutup Rendah berbanding Dolar AS Susulan Penarikan Balik Pelaburan Dalam AI

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS pada Selasa susulan penarikan balik dalam perdagangan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan pelaburan.

Bursa Malaysia Ditutup Tinggi Didorong Belian Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, dipacu oleh aktiviti belian bagi saham-saham wajaran tinggi perbankan terpilih walaupun pasaran secara meluas suram susulan jualan saham teknologi.

Sri Lanka Sasar Peningkatan Eksport Ke Malaysia, Atasi Ketidakseimbangan Perdagangan

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Sri Lanka berhasrat meningkatkan eksportnya ke Malaysia bagi menangani ketidakseimbangan perdagangan di antara kedua-dua negara, kata Pesuruhjaya Tinggi Sri Lanka ke Malaysia Dharshana M. Perera.

TNB Percepat Pemodenan Grid, Tampung Permintaan Semasa Dan Akan Datang - Ketua Pegawai Eksekutif

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) – Tenaga Nasional Bhd (TNB) meningkatkan pelaburan dalam infrastruktur grid dan mempercepat pemodenan rangkaiannya bagi mengukuhkan sistem bekalan elektrik Malaysia, meningkatkan integrasi tenaga boleh baharu serta menampung permintaan pada masa depan.

PKNPk, GVL Teroka Pembangunan Pusat Data AI Berkapasiti Lebih 100 MW Di Perak

IPOH, 3 Nov (Bernama) -- Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) dan Global Vision Lab Sdn. Bhd (GVL) dalam proses membangunkan pusat data kecerdasan buatan (AI) berskala besar dengan kuasa berkapasiti melebihi 100 megawatt (MW) di Perak.