BERITA TERKINI   Sindiket dadah cuba guna lapangan terbang di Pulau Pinang, Ipoh sebagai laluan alternatif selepas pihak berkuasa perketat kawalan keselamatan di KLIA - Bukit Aman | Juruterbang TUDM yang ditahan berperanan sebagai pengangkut bekalan dadah dari Lembah Klang ke Sabah - Bukit Aman | PM Anwar sahkan Anthony Loke masih bercuti, belum lulus peletakan jawatannya sebagai Menteri Pengangkutan | PM Anwar hargai jasa guru dalam laksana tanggungjawab untuk pendidikan negara, seru pelajar terus hormati guru | Ibu bapa perlu cakna perkembangan anak, jangan serah sepenuhnya kepada pengurusan sekolah - PM Anwar | 

Terdapat 741 berita berdasarkan kata kunci carian "po"

Niaga Hadapan MSM Ditutup Lebih Rendah

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih rendah hari ini, dengan kontrak penanda aras bagi Januari 2027 susut di bawah paras RM4,300 satu tan.

Unit Microlink Peroleh Lanjutan Kontrak Bernilai RM59.58 Juta Untuk Sistem Saringan Imigresen

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Microlink Systems Sdn Bhd, unit milik penuh Microlink Solutions Bhd telah memperoleh lanjutan kontrak selama 12 bulan bernilai RM59.58 juta bagi sistem saringan penumpang awal (APS) untuk Jabatan Imigresen Malaysia, menjadikan jumlah nilai kontrak tersebut sebanyak RM137.92 juta.

Konsortium Diterajui MISC Tawar RM2.50 Sesaham Bagi Nyahsenarai Yinson Dalam Urus Niaga RM4.03 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Konsortium yang terdiri daripada MISC Bhd serta pemegang saham utama Yinson Holdings Bhd (YHB) iaitu Yinson Legacy Sdn Bhd (YLSB) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mencadangkan untuk mengambil alih YHB dan menjadikannya syarikat persendirian menerusi urus niaga bernilai RM4.03 bilion.

Zetrix AI Diarah Selesai Isu Gagal Bayar Dividen, Dedah Maklumat Penting - Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengarahkan Zetrix AI Bhd untuk menyelesaikan isu kegagalan pembayaran dividen akhir tahun 2025 sebelum 23 Nov 2026 dan mendedahkan maklumat penting yang berkaitan selewat-lewatnya pada 11 Nov 2026.

Unit Nestcon Raih Kontrak RM161 Juta Bina Apartmen Servis 36 Tingkat

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB), hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada BU Developments Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja pembinaan sebuah blok apartmen servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor, bernilai RM161 juta.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Meluas

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengakhiri dagangan minggu ini lebih rendah di tengah-tengah aktiviti penjualan meluas, menjejaki prestasi pasaran serantau yang lemah susulan tekanan baharu terhadap pasaran ekuiti global berikutan kejatuhan ketara Wall Street dalam tempoh semalaman.

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Elak Risiko Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini terjejas oleh sentimen berhati-hati mengelak risiko merentas pasaran global di tengah-tengah tekanan jualan dalam sektor semikonduktor. 

Projek LRT Pulau Pinang: TRC, Rakan Usaha Sama Peroleh Kontrak Kerja Bernilai RM2.69 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, TRC Construction Sdn Bhd (TRC) bersama rakan usaha sama (JV) terdiri daripada China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dan Ufuk Semarak Sdn Bhd (UFUK) dikenali sebagai CCCC-TRC-UFUK JV telah memperoleh kontrak kerja bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM2.69 bilion.

Seremban Engineering Dapat Kontrak Rantaian Bekalan Rentas Sempadan Bernilai RM18.21 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Seremban Engineering Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MIE Material Resources Sdn Bhd (MMR), meraih kontrak perkhidmatan rantaian bekalan rentas sempadan bernilai RM18.21 juta daripada EPG Engineering System Sdn Bhd (EPGES).

Hanya 13 Peratus Kenderaan ICE Dilindungi Insurans Banjir Berbanding 50 Peratus EV

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Hanya 13 peratus kenderaan enjin pembakaran dalaman (ICE) mempunyai perlindungan insurans banjir berbanding 50 peratus kenderaan elektrik (EV), menurut data Insurance Services Malaysia (ISM) bagi tempoh 2022 hingga suku kedua 2026.

BNM Ambil Tindakan Penguatkuasaan Terhadap Dua Entiti Disyaki Langgar Akta Perkhidmatan Kewangan

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap Najmuldin Exchanger dan Nusantara Global Network kerana disyaki melanggar Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 (FSA).

Paras OPR Ketika Ini Sejajar Dengan Prospek Pertumbuhan Ekonomi Dan Inflasi -- Gabenor BNM

Oleh M. Saraswathi and Karina Imran

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keputusan Bank Negara Malaysia (BNM) mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada paras 2.75 peratus mencerminkan penilaiannya bahawa kadar tersebut sejajar dengan prospek kestabilan harga dan pertumbuhan ekonomi yang mampan, kata Gabenor Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour.