12hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Kerajaan akan melaksanakan pendekatan pendapatan boleh guna bersih (NDI) pada 2027 bagi memastikan penilaian kelayakan bantuan mengambil kira faktor demografi dan liabiliti selain pendapatan, kata Timbalan Menteri Ekonomi Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
13hari ago
ISKANDAR PUTERI, 25 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor menyasarkan penjanaan kira-kira 5 gigawatt (GW) tenaga solar dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang sebagai penyelesaian jangka panjang untuk menampung lonjakan permintaan terhadap elektrik didorong oleh pertumbuhan pesat sektor pusat data di negeri ini.
14hari ago
KUALA LUMPUR, 24 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia dijangka mencatatkan aliran meningkat minggu depan, dengan indeks petunjuk pasaran dijangka diniagakan dalam julat 1,600 hingga 1,620 mata didorong oleh kesediaan pelabur untuk mengambil risiko, kata penganalisis.
15hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Jumaat susulan aktiviti belian terpilih dalam saham wajaran tinggi yang membantu mengimbangi sentimen berhati-hati menjelang hujung minggu, kata seorang penganalisis.
16hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup bercampur-campur pada Khamis, dengan indeks petunjuk pasaran meningkat 0.36 peratus susulan aktiviti pembelian saham pada harga rendah yang berterusan bagi saham wajaran tinggi terpilih, mengatasi prestasi kebanyakan pasaran serantau yang ditutup rendah, kata penganalisis.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Kementerian Ekonomi menyeru penggiat industri untuk mengemukakan cadangan dasar mengenai penyimpanan tenaga, ekonomi hidrogen dan pelaksanaan grid pintar bagi memajukan peralihan tenaga Malaysia, kata Timbalan Menteri berkenaan Datuk Seri Mohd Shahar Abdullah.
16hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Keputusan untuk menamatkan operasi loji janakuasa arang batu milik Tenaga Nasional Bhd (TNB) bergantung kepada keupayaan Malaysia menangani trilema tenaga, menurut CIMB Investment Bank Bhd (CIMB IB) hari ini.