22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Handal Energy Bhd sedang menyediakan representasi bertulis kepada Bursa Malaysia Securities Bhd bagi menjelaskan faktor syarikat itu tidak seharusnya dinyahsenaraikan dan akan mengemukakannya pada 10 Nov, 2026.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, untuk melaksanakan kerja cerucuk dan asas bagi pembinaan bangunan hospital baharu di Jalan Pudu.
22hari ago
Oleh Anas Abu Hassan
SINGAPURA, 2 Nov (Bernama) -- Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) mencatatkan pelaburan yang diluluskan berjumlah RM88.83 bilion antara Januari 2025 dan Jun 2026, dengan potensi mewujudkan 28,755 peluang pekerjaan, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali Sdn Bhd memeterai Farm Out Agreement (FOA) dengan rakan kongsi usaha samanya.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kenanga Investment Bank Bhd menaikkan unjuran pertumbuhan pinjaman tahun ini kepada 5.5 peratus hingga enam peratus, berbanding jangkaan lima peratus hingga 5.5 peratus sebelum ini, dengan unjuran tersebut dijangka berterusan hingga 2027.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia tinggi semasa mengakhiri sesi dagangan pagi ini, disokong oleh aktiviti belian saham pada harga rendah dalam saham mewah terpilih berikutan sentimen serantau yang berhati-hati.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Bank Negara Malaysia (BNM) hari ini mengumumkan pengeluaran dua duit syiling peringatan edisi terhad bersempena dengan sambutan ulang tahun Jabatan Audit Negara ke-120 (JAN120) dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP75).
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia mencatatkan peningkatan semula dari segi prestasi pada Oktober 2026, dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global meningkat kepada 51.0 pada bulan tersebut, ini menandakan pemulihan pertumbuhan didorong oleh peningkatan pesanan baharu dan jumlah pengeluaran.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- United Malacca Bhd (UMB) menerima tawaran pengambilalihan mandatori bersyarat daripada Prosper Trading Sdn Bhd dan dua pihak pembeli muktamad bersama untuk mengambil alih baki 111.36 juta saham, mewakili 53.09 peratus daripada jumlah saham terbitannya pada harga RM6.10 sesaham secara tunai.
22hari ago
Oleh Nur Athirah Mohd Shaharuddin
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Harga emas tempatan dijangka kekal stabil atau meningkat sedikit berbanding paras semasa sehingga hujung tahun ini, di tengah-tengah ketidaktentuan geopolitik dan perubahan struktur ekonomi global, kata seorang ahli akademik.
22hari ago
Oleh Siti Radziah Hamzah
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- MotoGP Sports Entertainment Group SL akan menilai keadaan di Asia Barat semasa merangka jadual bagi tahun depan dan tiada rancangan segera untuk melaksanakan sistem penggiliran perlumbaan sekiranya konflik serantau berlarutan, kata timbalan ketua pegawai eksekutifnya (CEO), Carlos Ezpeleta.
22hari ago
KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives rendah dalam dagangan awal hari ini.