BERITA TERKINI   Piala FA: Kuching City 2-0 Selangor | Piala FA: JDT 6-1 DPMM | 

Terdapat 279 berita berdasarkan kata kunci carian "syarikat"

Zetrix AI Diarah Selesai Isu Gagal Bayar Dividen, Dedah Maklumat Penting - Bursa Malaysia

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia mengarahkan Zetrix AI Bhd untuk menyelesaikan isu kegagalan pembayaran dividen akhir tahun 2025 sebelum 23 Nov 2026 dan mendedahkan maklumat penting yang berkaitan selewat-lewatnya pada 11 Nov 2026.

Unit Nestcon Raih Kontrak RM161 Juta Bina Apartmen Servis 36 Tingkat

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Nestcon Bhd, Nestcon Builders Sdn Bhd (NBSB), hari ini menerima surat anugerah (LOA) daripada BU Developments Sdn Bhd bagi melaksanakan kerja pembinaan sebuah blok apartmen servis 36 tingkat di Bandar Baru Ulu Kelang, Gombak, Selangor, bernilai RM161 juta.

Niaga Hadapan Emas Menamatkan Kenaikan Selama Tiga Hari Untuk Ditutup Rendah

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives menamatkan kenaikan selama tiga hari untuk ditutup lebih rendah pada Jumaat, menjejaki prestasi lebih rendah di Bursa Komoditi New York (COMEX). 

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS Susulan Sentimen Elak Risiko Global

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini terjejas oleh sentimen berhati-hati mengelak risiko merentas pasaran global di tengah-tengah tekanan jualan dalam sektor semikonduktor. 

Projek LRT Pulau Pinang: TRC, Rakan Usaha Sama Peroleh Kontrak Kerja Bernilai RM2.69 Bilion

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh TRC Synergy Bhd, TRC Construction Sdn Bhd (TRC) bersama rakan usaha sama (JV) terdiri daripada China Communications Construction Company Ltd (CCCC) dan Ufuk Semarak Sdn Bhd (UFUK) dikenali sebagai CCCC-TRC-UFUK JV telah memperoleh kontrak kerja bagi projek Transit Aliran Ringan (LRT) Pulau Pinang bernilai RM2.69 bilion.

Seremban Engineering Dapat Kontrak Rantaian Bekalan Rentas Sempadan Bernilai RM18.21 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Seremban Engineering Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MIE Material Resources Sdn Bhd (MMR), meraih kontrak perkhidmatan rantaian bekalan rentas sempadan bernilai RM18.21 juta daripada EPG Engineering System Sdn Bhd (EPGES).

Pasaran Getah Ditutup Rendah Susulan Kelemahan Niaga Hadapan Serantau

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup rendah pada Jumaat menjejaki penurunan di pasaran niaga hadapan getah serantau berikutan jangkaan peningkatan pengeluaran getah di Thailand, kata seorang peniaga.

SIA Lancar Pelan Naik Taraf Bernilai S$2 Bilion Untuk Pertingkat Pengalaman Penumpang

Oleh Anas Abu Hassan

SINGAPURA, 6 Nov (Bernama) -- Singapore Airlines (SIA) hari ini mengumumkan pelan pelaburan bernilai lebih S$2 bilion (S$1=RM3.16) untuk menambah baik produk kabin penerbangan jarak jauh serta sistem hiburan dalam penerbangan KrisWorld sebagai sebahagian daripada usaha untuk meningkatkan pengalaman penumpang.

Dua Belas Polisi Insurans Berkaitan Bencana Nepal Selesai, Kata PIAM

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Sebanyak 12 polisi insurans yang membabitkan rakyat Malaysia yang terjejas akibat banjir dan tanah runtuh di Nepal telah diselesaikan sepenuhnya oleh syarikat insurans, menurut Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM).

Untung Bersih Frontken Suku Ketiga Naik RM57.25 Juta Susulan Prestasi Perniagaan Lebih Baik

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Frontken Corporation Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersih kepada RM57.25 juta pada suku ketiga berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM45.83 juta dalam tempoh yang sama tahun lepas.

MHB Selesai Penerbitan Sukuk Murabahah Dengan Nilai Nominal RM350 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Malaysia Marine and Heavy Engineering Holdings Bhd (MHB) telah menyelesaikan penerbitan sukuk murabahah dengan jumlah nilai nominal RM350 juta di bawah program sukuk murabahah syarikat itu bernilai sehingga RM1.0 bilion.

Untung Bersih Maxis Suku Ketiga 2026 Melonjak Kepada RM447 Juta

KUALA LUMPUR, 6 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Maxis Bhd bagi suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 meningkat kepada RM447 juta daripada RM412 juta yang dicatatkan dalam suku yang sama tahun sebelumnya.