5hari ago
SIBU, Okt 26 (Bernama) -- Menambah baik kesalinghubungan udara dan infrastruktur berteknologi tinggi perlu diutamakan di bawah cadangan Zon Ekonomi Sibu (SEZ) untuk menarik pelaburan, bakat berkemahiran dan industri bernilai tinggi ke bahagian tengah Sarawak, kata usahawan tempatan Dr Gregory Hii Sui Cheng.
5hari ago
KUANTAN, 26 Okt (Bernama) -- Hari Eksport Pahang 2026 edisi kedua yang berlangsung hari ini berjaya menghimpunkan hampir 70 usahawan dan syarikat, khususnya perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) dari pelbagai sektor industri di negeri ini.
5hari ago
KUALA LUMPUR, 26 Okt (Bernama) -- Penyedia penyelesaian gas petroleum cecair (LPG), NGC Energy Sdn Bhd berhasrat mengembangkan perniagaannya ke pasaran luar negara sambil memperkukuh kehadiran di pasaran domestik, disokong oleh struktur pemegang saham yang kian berkembang serta potensi peluang infrastruktur.
6hari ago
ISKANDAR PUTERI, 25 Okt (Bernama) -- Kerajaan negeri Johor menyasarkan penjanaan kira-kira 5 gigawatt (GW) tenaga solar dalam tempoh empat hingga lima tahun akan datang sebagai penyelesaian jangka panjang untuk menampung lonjakan permintaan terhadap elektrik didorong oleh pertumbuhan pesat sektor pusat data di negeri ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Zetrix AI Bhd mengumumkan menerusi makluman kepada Bursa Malaysia penukaran jawatan Datuk Dr Norraesah Mohamad daripada pengerusi eksekutif kepada pengerusi bukan bebas dan bukan eksekutif, berkuat kuasa hari ini.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), CIMB Singapore dan Persekutuan Perniagaan Singapura (SBF) telah bersama-sama menjayakan acara pertama Invest Malaysia Day 2026 di Singapura.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- YTL Group mengumumkan pelantikan Joseph Yeoh Keong Shyan sebagai pengarah ganti kepada Tan Sri Francis Yeoh Sock Ping dalam kapasiti beliau sebagai Pengerusi Eksekutif Pintar Projek Sdn Bhd, serta pengarah YTL Hotels & Properties Sdn Bhd dan YTL Land & Development Bhd.
8hari ago
Oleh Jailani Hasan
LABUAN, 23 Okt (Bernama) -- Megah Port Management Sdn Bhd (MPM) menggesa kerjasama lebih erat antara Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), Perbadanan Labuan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) dan pemain industri bagi memperkukuh perkhidmatan perkapalan langsung serta meningkatkan keterhubungan maritim Labuan.
9hari ago
KUALA LUMPUR, 22 Okt (Bernama) -- Malaysia memperkukuh kerjasama tenaga dengan Turkmenistan bagi membuka peluang komersial baharu untuk syarikat khususnya dalam perkhidmatan minyak dan gas bernilai tinggi, teknologi, serta kejuruteraan khusus, kata Menteri Ekonomi Akmal Nasrullah Mohd Nasir.