1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Suria Strategic Energy Resources Sdn Bhd (SSER), sebuah syarikat milik Menteri Kewangan Diperbadankan, dan Export-Import Bank of China (CEXIM) hari ini memeterai perjanjian penyaluran semula pinjaman bernilai RM5 bilion bagi membiayai Skim Bekalan Air Perak Utara (NPWSS).
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Mestron Holdings Bhd memperoleh kelulusan tarif galakan (FiA) baharu daripada Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari Malaysia (SEDA Malaysia) untuk memperluas kemudahan penjanaan tenaga elektrik biogasnya di Gua Musang, Kelantan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia meningkat semasa mengakhiri sesi dagangan pagi Jumaat selepas dibuka rendah, mengatasi prestasi pasaran serantau lain susulan aktiviti belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi sektor perladangan yang menyokong sentimen pasaran.
1hari ago
Oleh Hasnah Jusid
JOHOR BAHRU, 30 Okt (Bernama) -- Invest Johor mengenal pasti lima sektor utama berpotensi dibangunkan di Nexus Sedenak yang bakal muncul sebagai hab perindustrian dan rantaian bekalan baharu di bawah Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).
1hari ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Penubuhan Pusat Kewangan Teknologi Pulau Pinang (PTFC) dijangka membuka peluang kepada negeri itu untuk menarik lebih banyak dana dan pelaburan baharu, selain memperluas akses pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) serta syarikat pemula teknologi.
1hari ago
GUA MUSANG, 30 Okt (Bernama) -- Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kelantan memperuntukkan kira-kira RM3.5 juta bagi menyediakan peralatan dan keperluan asas menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) 2026/2027.
1hari ago
Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada Jumaat selepas dibuka tinggi, seiring dengan sentimen lemah di Wall Street semalaman berikutan prestasi pendapatan syarikat teknologi yang mengecewakan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives dibuka rendah pada Jumaat.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa Bursa Malaysia Bhd membantu lebih banyak syarikat Malaysia berkembang menjadi juara serantau, sambil menyatakan terlalu banyak perniagaan yang berpotensi tetapi kekal kecil untuk tempoh yang terlalu lama.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Zetrix AI mengakui bahawa pencetus kepada pembubaran telah berlaku di bawah Program Sukuk Wakalah syarikat itu berikutan pelanggaran kovenan yang menghendaki Wong Thean Soon kekal sebagai pemegang saham terbesar syarikat.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, menjejaki kerugian di Bursa Komoditi AS (COMEX).