BERITA TERKINI   Kerugian akibat penipuan dalam talian cecah RM7.33 bilion sejak 2023 hingga Okt lepas, libat 192,689 kes - Saifuddin Nasution | Malaysia Airlines akan menjadi syarikat penerbangan pertama di Malaysia yang mengendalikan varian 787 Dreamliner - Kapten Nasaruddin | MAG beli 10 pesawat Boeing 787 Dreamliner, pembelian ini akan beri perkhidmatan kepada pelanggan selama beberapa dekad - Kapten Nasaruddin | Polis rampas 103kg syabu bernilai RM5.3 juta, tahan empat lelaki di perairan Tanjung Dawai, Kedah – Pengarah KDNKA Bukit Aman | Mahkamah Majistret Sepang tetapkan 23 Disember depan untuk sebutan semula kes Ketua Pengarah AKPS Mohd Shuhaily | 

Terdapat 781 berita berdasarkan kata kunci carian "re"

Ringgit Ditutup Rendah Berbanding Dolar AS, Mata Wang Utama susulan Prospek Kadar Faedah AS Lebih Ketat

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS serta mata wang utama dan serantau lain pada Rabu di tengah-tengah prospek kadar faedah Amerika Syarikat (AS) yang lebih ketat.

KJTS Group Peroleh Kontrak 20 Tahun Bagi Bina, Kendali Loji Penyejuk Hospital Di Bangkok

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Anak syarikat KJTS Group Bhd (KJTS) di Thailand, iaitu KJTN Engineering Company Ltd (KJTN Engineering) memperoleh perjanjian selama 20 tahun bagi mereka bentuk, membina dan mengendalikan loji penyejuk di Hospital Synphaet Ramintra Hospital, Bangkok. 

Keuntungan Bersih Guan Chong Melonjak Kepada RM277.65 Juta Pada Suku Ketiga

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih pengeluar ramuan makanan berasaskan koko, Guan Chong Bhd meningkat kepada RM277.65 juta pada suku ketiga yang berakhir 30 Sept, 2026 daripada RM41.24 juta dalam tempoh sama tahun lepas.

Keuntungan Bersih Dutch Lady Lonjak 26.2 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Keuntungan bersih Dutch Lady Milk Industries Bhd melonjak 26.2 peratus kepada RM40.46 juta dalam suku ketiga berakhir 30 Sept 2026 daripada RM32.05 juta sebelum ini.

Kerajaan MADANI Kekal Komited Laksana Reformasi, Pelihara Kestabilan Ekonomi -- PM Anwar

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Kerajaan MADANI kekal iltizam melaksanakan reformasi serta mengambil langkah proaktif memelihara kestabilan ekonomi dan menjamin bekalan bahan api walaupun dunia terus diasak kemelut geopolitik dan cabaran ekonomi, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim. 

Malaysia Harap Mencatat Antara Kadar Pertumbuhan Tertinggi Dalam Kalangan Ekonomi Membangun – Anwar

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap ekonomi Malaysia dapat mencatatkan antara kadar pertumbuhan tertinggi dalam kalangan ekonomi membangun susulan pertumbuhan sebanyak 5.5 peratus pada suku ketiga 2026.

Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Sentimen Berhati-hati Jejas Saham Wajaran Tinggi Terpilih

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Rabu apabila sentimen berhati-hati terus menjejaskan beberapa saham wajaran tinggi, khususnya dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perladangan.

Malaysia Dapatkan Penjelasan AS Berhubung Sekatan Cip AI, Siasat Dakwaan Eksport Semula – Johari

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Malaysia sedang mendapatkan penjelasan lanjut daripada Amerika Syarikat (AS) berhubung sekatan baharu ke atas eksport cip kecerdasan buatan (AI), khususnya mengenai keperluan pelesenan serta penyediaan perkhidmatan pusat data kepada pihak ketiga.

PM Anwar Adakan Pertemuan Dengan Fastprint Dan Fastrain, Bincang Peluang Pelaburan Industri Teknologi

Daripada Kisho Kumari Sucedaram

SHENZHEN (China), 18 Nov (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan pertemuan berasingan dengan pimpinan Fastprint dan Fastrain di sini hari ini bagi membincangkan perkembangan serta cadangan pelaburan kedua-dua syarikat itu di Malaysia.

Malaysia Muncul Antara Ekonomi Berprestasi Terbaik Di ASEAN Dengan KDNK Suku Ketiga Tumbuh 5.5 Peratus

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku ketiga menunjukkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan, dengan kadar tahun ke tahun disemak naik kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, sekali gus meletakkan negara ini dalam kalangan negara berprestasi terbaik di ASEAN.

Indonesia Naikkan Kadar Faedah Penanda Aras Kepada Enam Peratus Bagi Stabilkan Rupiah

Oleh Nik Nurfaqih Nik Wil

JAKARTA, 18 Nov (Bernama) -- Bank pusat Indonesia menaikkan kadar faedah penanda aras sebanyak 25 mata asas kepada 6.0 peratus sebagai langkah awal menstabilkan rupiah yang semakin lemah serta mengawal inflasi di tengah-tengah ketidaktentuan ekonomi global yang semakin meningkat.

Xiaomi Lancar Siri 18 Pro Dengan Pengalaman Premium Era AI

KUALA LUMPUR, 18 Nov (Bernama) -- Xiaomi hari ini telah melancarkan barisan telefon pintar perdana terbaharunya, Siri Xiaomi 18 Pro, menampilkan Xiaomi 18 Pro dan Xiaomi 18 Pro Max di Malaysia.