BERITA TERKINI   Insiden tembakan di Poland: Malaysia zahir solidariti, ucap takziah kepada keluarga mangsa - PM Anwar | Malaysia komited bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa bendung ekstremisme, pelihara keamanan dan menjunjung martabat kemanusiaan - PM Anwar | Insiden tembakan di Poland: Malaysia zahir solodariti, ucap takziah kepada keluarga mangsa - PM Anwar | Pelakon Cico Harahap meninggal dunia di Hospital Ampang 11 pagi tadi - Presiden Persatuan Kebajikan Artis Veteran Malaysia | 

Terdapat 182 berita berdasarkan kata kunci carian " ekonomi"

Belian Pada Akhir Dagangan Dorong Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu & Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Aktiviti belian pada akhir dagangan terhadap saham-saham wajaran tinggi terpilih terutama saham utiliti, mendorong Bursa Malaysia ditutup tinggi sedikit pada Rabu, seiring dengan pasaran serantau.

Tenaga Nuklear Boleh Perkukuh Campuran Tenaga Karbon Rendah Malaysia

Daripada Rosemarie Khoo Mohd Sani

SINGAPURA, 28 Okt (Bernama) -- Tenaga nuklear boleh menjadi tambahan berdaya maju kepada campuran tenaga Malaysia bagi tempoh jangka panjang, melengkapi tenaga boleh baharu bagi mewujudkan sistem yang rendah karbon, selamat, terjamin dan memelihara alam sekitar. 

Belum Ada Bukti Syarikat Perladangan Malaysia Jadi Punca Kebakaran Hutan Di Indonesia - Arthur

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Belum ada bukti kukuh yang mengesahkan penglibatan syarikat perladangan Malaysia sebagai pihak yang menjadi punca kebakaran hutan di Indonesia, kata Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Datuk Seri Arthur Joseph Kurup.

SIC Kaji Semula Harga Tiket MotoGP, Caj Sewaan Litar Bagi Tingkatkan Perolehan -- CEO

Oleh Siti Radziah Hamzah

SEPANG, 28 Okt (Bernama) -- Litar Antarabangsa Sepang (SIC) sedang meneliti kemungkinan menyemak semula harga tiket MotoGP dan caj sewaan litar bagi meningkatkan perolehan, menampung kos operasi yang kian meningkat serta membantu membiayai bahagian yuran hak penganjuran kejuaraan itu.

Vertex Material, Sky-Dweller Memeterai Perjanjian US$2.2 Bilion Untuk Memasuki India

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Vertex Material, sebuah syarikat bahan termaju Malaysia, telah memeterai perjanjian pengambilalihan 15 tahun yang bernilai kira-kira US$2.2 bilion dengan Sky-Dweller Construction LLC dari Amerika Syarikat (AS) untuk mengembangkan perkongsian komersil sedia ada mereka di AS dan Kanada memasuki India.

Malaysia Gesa Kerjasama Global Lebih Kukuh Pastikan Keterjaminan Bekalan Gas

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Malaysia menggesa kerjasama antarabangsa diperkukuh bagi memastikan kestabilan pasaran gas global dan jaminan bekalan tenaga yang menjadi asas penting kepada daya saing industri, keyakinan pelabur serta pertumbuhan ekonomi mampan. 

Kilang Safran Di Negeri Sembilan Hasilkan 27 Peratus Cakera Brek Karbon Global

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Kilang pembuatan cakera brek karbon Safran Group di Sendayan, Negeri Sembilan menyumbang 27 peratus daripada jumlah pengeluaran globalnya sekali gus mengukuhkan kepentingan operasi Malaysia dalam rangkaian pembuatan global Safran.

Ringgit Dibuka Tinggi Berbanding Dolar AS Untuk Hari Dagangan Kelapan

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS untuk hari dagangan kelapan berturut-turut hari ini, mencerminkan momentum mata wang tempatan yang positif secara berterusan pada awal dagangan.

Eksport Malaysia Ke AS Melonjak 69.1 Peratus Kepada RM282.07 Bilion – MITI

KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Eksport Malaysia ke Amerika Syarikat (AS) melonjak sebanyak 69.1 peratus kepada RM282.07 bilion bagi tempoh Januari hingga September 2026 manakala jumlah dagangan antara kedua-dua negara meningkat 39.6 peratus kepada RM378.70 bilion.

KWSP Perlu Bantu Lebih Ramai Rakyat Cukup Simpanan Persaraan - Amir Hamzah

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) perlu membantu lebih ramai rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan menyesuaikan diri terhadap perubahan corak pekerjaan di samping terus memberikan pulangan yang mampan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Pelaburan Lebih RM200 Bilion Separuh Pertama 2026 Bakal Wujudkan 99,030 Peluang Pekerjaan -- MITI

PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.

Ringgit Ditutup Tinggi Berbanding Mata Wang Utama Lain, Susut Berbanding Dolar AS

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Ringgit ditutup tinggi berbanding mata wang utama lain namun menyusut berbanding dolar AS pada Selasa, di tengah-tengah penantian terhadap keputusan dasar Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) AS pada minggu ini, menurut seorang penganalisis.