Terdapat 279 berita berdasarkan kata kunci carian "syarikat"

Indeks Utama Bursa Malaysia Ditutup Tinggi

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia ditutup tinggi hari ini, pulih daripada penyusutan awal untuk kekal melepasi paras 1,600 mata, disokong aktiviti pembelian terpilih pada harga rendah dalam saham wajaran tinggi sektor telekomunikasi dan berkaitan komoditi walaupun saham teknologi terus menyusut.

Econpile Peroleh Kontrak RM73 Juta Bagi Projek Hospital Tung Shin

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Anak syarikat milik penuh Econpile Holdings Bhd, Econpile (M) Sdn Bhd, memperoleh kontrak bernilai RM73 juta daripada SA Architects Sdn Bhd, bagi pihak Hospital Tung Shin, untuk melaksanakan kerja cerucuk dan asas bagi pembinaan bangunan hospital baharu di Jalan Pudu.

Pasaran Getah Ditutup Bercampur-campur

Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup dengan prestasi bercampur-campur pada Isnin ketika ringgit lebih lemah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), kata seorang peniaga.

MATRADE Unjur Lebihan Dagangan Malaysia Meningkat Sehingga 20 Peratus Tahun Ini

Oleh Abdul Hamid A Rahman

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) mengunjurkan lebihan dagangan Malaysia akan berkembang sekurang-kurangnya 15 hingga 20 peratus tahun ini daripada RM156.83 bilion yang dicatatkan tahun lepas, kata Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Indera Abu Bakar Yusof.

Pelabur China Tunjuk Hasrat Labur US$15 Bilion Dalam Enam Sektor Berpotensi Tinggi – TPM Zahid

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) – Pelabur China menunjukkan hasrat untuk membuat pelaburan berjumlah US$15 bilion di Malaysia, melibatkan enam sektor berpotensi tinggi termasuk elektrik dan elektronik (E&E), semikonduktor, serta industri halal.

Petronas, Rakan Kongsi Meterai Perjanjian 'Farm-out' Bagi Medan Gas Luar Pesisir Sarawak

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Petroliam Nasional Bhd (Petronas) menerusi anak syarikat milik penuhnya Petronas Carigali Sdn Bhd memeterai Farm Out Agreement (FOA) dengan rakan kongsi usaha samanya.

WM Senibong Peroleh Penarafan AA-IS Daripada MARC Ratings

JOHOR BAHRU, 2 Nov (Bernama) -- WM Senibong Berhad (WM Senibong) mengumumkan bahawa anak syarikat milik penuhnya, WM Senibong Capital Bhd menerima pengesahan penarafan AA-IS dengan prospek stabil daripada MARC Ratings Berhad bagi nota jangka sederhana Islam di bawah program Sukuk Wakalah yang bernilai sehingga RM1 bilion. 

EPMB Perluas Operasi Pemasangan, Keluarkan Dua Model Hibrid Baharu GWM Di Melaka

ALOR GAJAH, 2 Nov (Bernama) -- EP Manufacturing Bhd (EPMB) memperluaskan operasi pemasangan kenderaan di Melaka menerusi pelancaran dua model kenderaan hibrid baharu Great Wall Motor (GWM) jenis pelbagai guna (MPV) HEV Wey G9 dan utiliti sukan (SUV) Hibrid EC15S.

Bank Digesa Teroka Pembiayaan Berasaskan Harta Intelek Untuk Perniagaan

PETALING JAYA, 2 Nov (Bernama) -- Institusi perbankan digesa meneroka pembiayaan berasaskan harta intelek (IP) bagi memperluas peluang mendapatkan pembiayaan kepada syarikat, kata Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Sim Tze Tzin.

MAG Laksanakan Projek Strategik Bagi Pacu Pengembangan Komersial

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Malaysia Aviation Group (MAG) sedang giat melaksanakan beberapa projek strategik utama bagi meningkatkan kapasiti serta mempercepat pengembangan komersial kumpulan itu.

HSBC Unjur Ringgit Diniagakan 4.10-4.20 Berbanding Dolar AS Pada 2027

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Ringgit dijangka diniagakan dalam julat 4.10 hingga 4.20 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada 2027 berbanding julat semasa 4.05 hingga 4.10, menurut HSBC Global Investment Research.

Sektor Pembuatan Malaysia Kembali Catat Pertumbuhan Pada Oktober, PMI Pada 51.0

KUALA LUMPUR, 2 Nov (Bernama) -- Sektor pembuatan Malaysia mencatatkan peningkatan semula dari segi prestasi pada Oktober 2026, dengan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Pembuatan Malaysia S&P Global meningkat kepada 51.0 pada bulan tersebut, ini menandakan pemulihan pertumbuhan didorong oleh peningkatan pesanan baharu dan jumlah pengeluaran.