Terdapat 462 berita berdasarkan kata kunci carian "s"

Malaysia Ketengah Peluang Kerjasama Dalam Lima Sektor Strategik Di Istanbul - Tengku Zafrul

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Malaysia mengetengahkan peluang kerjasama dalam sektor semikonduktor, kecerdasan buatan (AI), infrastruktur digital, tenaga bersih dan industri halal pada Sidang Kemuncak Pemimpin Perniagaan B57+ Tahun 2026 di Istanbul, Türkiye.

Perancangan Tepat Penting, Elak Kekangan Dalam Sistem Bekalan Elektrik - TPM Fadillah

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof menggesa agar aspek seperti membuat keputusan tepat pada masanya, penyelarasan perancangan lebih baik serta kemampuan menyediakan infrastruktur sistem elektrik dapat dilaksanakan bagi mengelak sebarang kekangan yang boleh menjejaskan pertumbuhan negara.

Bursa Malaysia Kekal Rendah Pada Tengah Hari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Bursa Malaysia kekal rendah setakat tengah hari ini susulan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi perbankan dan telekomunikasi terpilih yang terus menekan indeks utama dan seiringan dengan prestasi kebanyakan pasaran serantau lain.

Melaka Ambil Langkah Perkukuh Sektor Tenaga, Galak Penjanaan Kuasa Mampan - Ab Rauf

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Dr Ab Rauf Yusoh memberikan komitmennya bahawa negeri ini sedang mengambil langkah konkrit untuk terus memperkukuh sektor tenaga dengan mempelbagaikan sumber tenaga dan menggalakkan penjanaan kuasa yang lebih mampan.

AirAsia Jangka Barisan Menunggu Lebih Panjang Sempena Deepavali, Nasihat Penumpang Tiba Awal

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- AirAsia Group Bhd memberi amaran bahawa barisan menunggu di kaunter daftar masuk lapangan terbang, pemeriksaan keselamatan dan imigresen mungkin lebih panjang daripada biasa sepanjang tempoh cuti Deepavali yang akan datang.

Pembangunan Pusat Data Tidak Boleh Jejas Bekalan Elektrik Industri Sedia Ada - Johari

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) – Kerajaan akan memastikan pembangunan pusat data di negara ini tidak menjejaskan bekalan elektrik kepada industri sedia ada yang menjadi tonggak ekonomi negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Matlamat Projek Jelas, Kesediaan Pelaburan Pemangkin Hubungan Tenaga Serantau - TNB

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) — Kejelasan matlamat projek, kesediaan pelaburan dan daya maju komersial menjadi pemangkin dalam merealisasikan potensi tenaga boleh baharu ASEAN menerusi pembangunan hubungan bekalan elektrik rentas sempadan yang mampan, menurut Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Niaga Hadapan KLCI Rendah Dalam Dagangan Awal

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia (FBM KLCI) di Bursa Malaysia Derivatives diniagakan rendah pada sesi awal dagangan hari ini.

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Sebelum Susut Susulan Sentimen Berhati-hati

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Indeks utama Bursa Malaysia dibuka meningkat namun susut kemudiannya, diasak sentimen berhati-hati yang merentasi pasaran serantau susulan penunjuk yang bercampur-campur di pasaran Wall Street.

Ringgit Dibuka Mengukuh Berbanding Dolar AS

KUALA LUMPUR, 4 Nov (Bernama) -- Ringgit memulakan urus niaga Rabu dengan mencatat pengukuhan kecil berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika pelabur kekal berwaspada menjelang keputusan pilihan raya pertengahan penggal AS selain mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari Bank Negara Malaysia (BNM) esok, kata penganalisis.

Malaysia Perluas Penggunaan Mata Wang Tempatan Melalui Kerjasama BRICS

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Malaysia akan terus memperluas penggunaan mata wang tempatan dalam urusan perdagangan dan pelaburan rentas sempadan melalui kerjasama di bawah BRICS untuk mengurangkan kos transaksi serta risiko pertukaran asing.

Sukuk Global Malaysia Terima Permintaan US$9.5 Bilion, Cermin Keyakinan Pelabur

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Penerbitan Sukuk Global Malaysia bernilai US$1.5 bilion pada akhir Julai, 2026 menerima permintaan langganan melebihi US$9.5 bilion, mencerminkan keyakinan berterusan pelabur antarabangsa terhadap prospek ekonomi dan kedudukan kredit negara.