12jam ago
Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid
KUALA LUMPUR, 31 Okt (Bernama) -- Industri maritim Malaysia memerlukan sokongan pembiayaan lebih kukuh daripada bank tempatan bagi merealisasikan potensi pelaburan dan membolehkan pemain industri domestik mengembangkan operasi, khususnya dalam sektor pembekalan bahan api kapal (bunkering), kata Ketua Pegawai Eksekutif Maritime Network Sdn Bhd Datuk Seri R. Jeyenderan.
1hari ago
GEORGE TOWN, 30 Okt (Bernama) -- Kerajaan Pulau Pinang hari ini membentangkan Belanjawan 2027 berjumlah RM1.074 bilion yang meliputi RM1.042 bilion sebagai perbelanjaan mengurus dan RM280.17 juta untuk perbelanjaan pembangunan.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- HSBC menaikkan unjuran pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi 2026 kepada 5.5 peratus daripada 5.2 peratus, tahun ketiga berturut-turut melepasi paras lima peratus, menurut HSBC.
1hari ago
KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi untuk hari dagangan ke-10 berturut-turut berbanding dolar AS pada Jumaat, mencerminkan sentimen positif yang berterusan terhadap mata wang tempatan pada permulaan dagangan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan Persekutuan mengekalkan pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) manakala Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) masih belum menjadi pilihan selagi kos sara hidup membebankan, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
2hari ago
KUALA LUMPUR, 29 Okt (Bernama) -- Kerajaan yakin pertumbuhan tahun ini akan melebihi 5 peratus yang menandakan pencapaian pertumbuhan melebihi 5 peratus bagi tahun ketiga berturut-turut di bawah Kerajaan MADANI, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
3hari ago
KUALA LUMPUR, 28 Okt (Bernama) -- Fitch Ratings mengunjurkan industri kewangan Islam Malaysia melebihi US$800 bilion (US$1 = RM4.08) pada akhir suku ketiga 2026 dengan pertumbuhan dijangka berterusan, disokong oleh pasaran domestik yang kukuh, ekosistem yang matang serta sokongan dasar menerusi Belanjawan 2027.
4hari ago
PUTRAJAYA, 27 Okt (Bernama) -- Sebanyak 99,030 peluang pekerjaan dijangka diwujudkan menerusi 2,746 projek pelaburan yang diluluskan dalam tempoh separuh pertama 2026 sekali gus membuka ruang lebih luas kepada rakyat Malaysia untuk mengisi pekerjaan berkemahiran tinggi dan menikmati pendapatan lebih baik.
7hari ago
Oleh Kenny Teng
BANGKOK, 24 Okt (Bernama) -- Pertumbuhan ekonomi Thailand diyakini akan melebihi unjuran 2.1 peratus tahun ini dengan peningkatan pelaburan asing, eksport dan hasil cukai sebagai petanda prospek ekonomi yang semakin baik, kata Perdana Menterinya, Anutin Charnvirakul.
7hari ago
BANGI, 24 Okt (Bernama) -- Selangor menyasarkan pelaburan berjumlah RM90 bilion tahun ini, meningkat daripada RM80 bilion yang dicatatkan pada tahun lepas susulan momentum pelaburan yang menggalakkan di negeri itu.
8hari ago
KUALA LUMPUR, 23 Okt (Bernama) -- Pengecualian pelaksanaan gaji minimum sebanyak RM2,000 bagi perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) yang merekodkan hasil jualan tahunan di bawah RM50 juta dalam Belanjawan 2027, berkuat kuasa Jun tahun depan akan membantu perniagaan menyesuaikan pengambilan tenaga kerja dan struktur gaji mereka, menurut SME Corporation Malaysia.