Bursa Malaysia Ditutup Rendah Susulan Jualan Berterusan Saham Wajaran Tinggi

Oleh K. Naveen Prabu

KUALA LUMPUR, Nov 23 (Bernama) -- Bursa Malaysia ditutup rendah pada Isnin apabila aktiviti penjualan berterusan dalam kaunter wajaran tinggi terpilih terutamanya dalam sektor utiliti terus menjejaskan sentimen pasaran.

Tenaga Nasional susut 22 sen kepada RM12.46, YTL Power International turun empat sen kepada RM3.91 manakala YTL Corporation berkurangan sembilan sen kepada RM1.61.

Ad Banner

Pada 5 petang, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 7.46 mata, atau 0.47 peratus, kepada 1,549.05 daripada paras 1,556.51 pada Jumaat minggu lepas.

Indeks petunjuk pasaran dibuka rendah turun 9.07 mata kepada 1,547.44 dan bergerak antara jajaran 1,544.96 hingga 1,555.25 sepanjang sesi dagangan hari ini.

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 849 berbanding 293, 457 kaunter tidak berubah, 1,242 kaunter tidak diniagakan, dan 32 kaunter digantung dagangan.

Ad Banner
Ad Banner

Jumlah dagangan menyusut kepada 3.11 bilion unit bernilai RM2.81 bilion daripada 3.64 bilion unit bernilai RM2.99 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Naib presiden penyelidikan ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata kaunter teknologi mencatatkan lantunan semula teknikal sederhana susulan penurunan mendadak baru-baru ini, namun pemulihan tersebut tidak mencukupi untuk mencerminkan peningkatan sentimen pelabur.

“Walaupun saham teknologi mencatatkan peningkatan sederhana semasa dagangan sesi selepas tengah hari kami berpendapat pemulihan itu lebih bersifat teknikal dan bukannya menunjukkan sentimen yang bertambah baik,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, beliau berkata daya tahan saham wajaran perbankan memberikan sedikit sokongan manakala asas ekonomi Malaysia kekal kukuh.

“Kami menjangka ketidaktentuan pasaran akan berterusan memandangkan para pelabur sedang menilai semula prospek teknologi global serta tinjauan dasar monetari Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS).

“Meskipun lantunan semula teknikal sekali-sekala tidak boleh diketepikan, namun pemulihan mampan pasaran memerlukan aktiviti belian yang lebih kukuh serta pengurangan jualan dalam kaunter pembinaan dan saham wajaran tinggi indeks lain,” katanya.

Maybank naik dua sen kepada RM9.89, manakala Public Bank dan CIMB meningkat satu sen masing-masing kepada RM4.50 dan RM7.05.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi lain, IHH Healthcare dan Press Metal Aluminium naik tiga sen masing-masing kepada RM7.93 dan RM6.30, Hong Leong Bank susut 18 sen kepada RM20.92, SD Guthrie turun enam sen kepada RM5.85, manakala Petronas Gas meningkat enam sen kepada RM17.30.

Dalam kalangan saham diniagakan aktif, Dagang NeXchange susut 1.5 sen kepada 40.5 sen, Nationgate turun empat sen kepada RM1.44, CBH Engineering berkurangan 3.5 sen kepada 59 sen, V.S Industry turun setengah sen kepada 24 sen, manakala MAG Holdings kekal tidak berubah pada 16 sen.

Dalam kalangan kaunter paling untung, Malaysian Pacific Industries meningkat RM1.44 kepada RM35.20, Mega Fortris melonjak 23 sen kepada RM1.53, UWC naik 22 sen kepada RM5.65, MISC menokok 12 sen kepada RM7.68, dan Far East Holdings menambah 10 sen kepada RM4.00.

Dalam kalangan kaunter paling rugi Nestle mendahului penurunan, susut RM1.70 kepada RM93.00, diikuti Kuala Lumpur Kepong yang turun 62 sen kepada RM20.46, Fraser & Neave berkurangan 38 sen kepada RM19.38, Sunway Construction merosot 37 sen kepada RM6.55 manakala UMS Integration mencatatkan penurunan 35 sen kepada RM5.85.

Di keseluruhan pasaran, Indeks FBM Emas susut 75.41 mata kepada 11,416.45, Indeks FBM Top 100 turun 71.93 mata kepada 11,268.89 dan Indeks FBM ACE menyusut 121.99 mata kepada 4,696.82.

Indeks FBM Emas Shariah susut 110.67 mata kepada 11,288.57 manakala Indeks FBM Mid 70 turun 177.57 mata kepada 16,102.26.

Mengikut sektor, Indeks Perladangan menyusut 120.72 mata kepada 8,567.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 1.94 mata kepada 158.28, Indeks Tenaga merosot 5.37 mata kepada 733.95, dan Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 7.49 mata kepada 18,295.91.

Jumlah dagangan Pasaran Utama meningkat kepada 1.52 bilion unit bernilai RM2.49 bilion, daripada 1.46 bilion unit bernilai RM2.17 bilion pada Jumaat minggu lepas.

Jumlah dagangan waran menokok kepada 1.09 bilion unit bernilai RM121.08 juta daripada 972.65 juta unit bernilai RM124.68 juta sebelumnya

Jumlah dagangan Pasaran ACE meningkat kepada 487.97 juta unit bernilai RM198.33 juta daripada 460.48 juta unit bernilai RM164.93 juta.

Kaunter produk dan perkhidmatan pengguna menyumbang 262.46 juta saham diniagakan di Pasaran Utama, diikuti produk dan perkhidmatan perindustrian (323.46 juta), pembinaan (110.33 juta), teknologi (274.43 juta), perkhidmatan kewangan (69.73 juta), hartanah (102.31 juta), perladangan (35.78 juta), amanah pelaburan hartanah (9.27 juta), dana tertutup (79,200), tenaga (96.99 juta), penjagaan kesihatan (85.90 juta), telekomunikasi dan media (18.83 juta), pengangkutan dan logistik (43.97 juta), utiliti (94.25 juta), serta amanah perniagaan (3,200).

-- BERNAMA